Kenyataan Ringkas
21 Oktober 2011
Kenyataan Ringkas Ketua AMK berkenaan penahanan beliau di UIA sebentar tadi.
Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.
Apa yang menyedihkan, di UIAM yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIAM ‘Taman Ilmu dan Budi’, saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.
Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIAM begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr. Aziz ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
[Iklan]








Pengarang: Shamsul Iskandar
YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini)
Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020)
Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini)
Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018)
Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)
Lihat semua kiriman oleh Shamsul Iskandar
mereka tu takut kepada umngok aje. mereka hanya hendak menentukan kedudukan mereka tak tergugat olih umngok. alasan memberi tempoh jawaban balasan yang dikehendaki UIAM tidak berasas langsung. itu hanya alasan sedangkan itu adalah satu tindakan yang tidak waras.
Prof Dr Aziz Bari adalah pakar undang-undang. Dia lebih arif dgn apa yg dia buat. Kita yg tak tau apa-apa pasal undang-undang tak payah lah komen memandai. Kalau didakwa sekali pun saya pasti keputusan akan memihak kpd Prof. Sudah tentu Prof akan berfikir sebelum bercakap.