Tan Sri Khalid Ketuai Delegasi Pelaburan ke Iran

Kenyataan Akhbar

27 Oktober 2011

MENTERI BESAR KETUAI DELEGASI PELABURAN KE IRAN

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berlepas ke Iran pada Rabu lalu bagi menyertai misi pelaburan selama tiga hari ke Wilayah Gazvin.

Kunjungan ini bagi memenuhi undangan pemerintah wilayah berkenaan yang antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Gazvin.

Sepanjang lawatan tiga hari ini, Menteri Besar yang mengetuai 16 delegasi akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor dan Pegawai Kanan Wilayah Gazvin (Bahagian Sektor Awam dan Swasta) selain perbincangan perniagaan bersama Dewan Perdagangan dan Perindustrian Wilayah Gazvin.

Beliau juga dijadual mengadakan lawatan ke MAPNA’s Gas & Electric Turbine and Locomotive Plant, Universiti Antarabangsa Imam Khomeini dan Taman Sains dan Teknologi Qazvin.

Misi pelaburan ini disertai EXCO Negeri Selangor YB Rodziah Ismail, YB Dr Halimah Ali, YB Yaakob Sapari, YB Ronnie Liu di samping pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian, PKNS, Universiti Selangor (UNISEL), Tourism Selangor, KDEB dan SSIC.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor ini dijangka kembali ke tanah air pada Isnin ini.

Dalam tempoh Januari hingga Julai 2011, jumlah pelaburan Iran di Selangor hanyalah RM1 juta dan Kerajaan Selangor berharap jumlah pelaburan ini dapat ditingkatkan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: