Kenyataan Media Ketua AMK: Mansuhkan AUKU!

Kenyataan Media

Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

31 Oktober 2011

Tahniah UKM4, Ayuh Terus Desak AUKU Dimansuhkan !

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional) disambut baik oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK).

Keputusan Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Hakim Linton Albert secara majoriti 2-1 yang membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM4) merupakan satu batu tanda baru kepada perjuangan kebebasan akademik di kalangan mahasiswa Malaysia. AMK melihat keputusan ini harus memberikan titik noktah kepada hayat AUKU agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuangkan secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman.

Seksyen 15 AUKU merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa ‘bisa’ AUKU terletak pada Seksyen ini. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, sekaligus ia membuka ruang ke arah membuktikan betapa AUKU itu tidak relevan seluruhnya.

Sekian lama mahasiswa dipasung minda mereka dengan peruntukan AUKU yang tidak munasabah, dan hari ini, AUKU terbukti bercanggah dengan Perlembagaan. Meskipun hujah ini telah dibentang dan diperkukuhkan dengan hujah-hujah perundangan sejak sekian lama, keputusan Mahkamah Rayuan ini secara jelas dan tuntas mengiyakannya. Ini sekaligus memberikan tamparan kepada pemerintah Umno-BN yang bermati-matian mempertahankan AUKU untuk mengekang mahasiswa untuk menyuburkan kebebasan berfikir dan beraktivisme.

AMK menggesa agar Kerajaan Pusat mempertimbangkan secara serius, rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini, untuk memansuhkan AUKU sepenuhnya selaras dengan lantunan retorika agenda transformasi politik Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Sekalung tahniah buat UKM4. Ayuh terus desak AUKU dimansuhkan demi kelangsungan suara mahasiswa sebagai jurubicara masyarakat !


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s