Kenyataan Akhbar MP Batu: Usul Ptong Gaji PM

KENYATAAN AKHBAR

02HB NOV 2011, RABU

USUL POTONG GAJI PERDANA MENTERI

[PARLIMEN MALAYSIA] Pada pagi ini, tanggal 2hb Nov 2011, saya kemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk satu pindaan pada memotong gaji satu bulan Perdana Menteri iaitu sebanyak RM 22,826.65.

Tan Sri Yang di-Pertua,

YAB Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pekan telah mengambil alih jawatan menganti YB Kepala Batas pada April 2009 ketika negara berhadapan dengan krisis serius dari segi ekonomi dan politik.

Setelah memegang kuasa PM telah melancar pelbagai kempen ‘public relations’ yang menjanjikan transformasi pentadbiran dan sistem ekonomi yang dijangka memajukan kesejahteraan rakyat.

2 ½ tahun kemudian, sempena pembahasan Belanjawan Negara 2012, tepatlah waktu untuk menyemak realiti sebenar.


Tan Sri Yang di-Pertua,

Adalah tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat untuk menyuarakan perkara-perkara berkepentingan awam. Dalam sistem demokrasi berparlimen, peranan anggota Parlimen berbeza di antara pihak pemerintah (yang sebut “backbencher”) dan pihak pembangkang.

Tugas kami pembangkang diamanah oleh para pengundi dan pembayar cukai untuk menjadi pemantau dan pengkritik. Namun tindakan kami tidak harus ditafsir sebagai dengki atau bersikap dendam. Teguran kritikal dari pihak kami bertujuan memperbaiki pengurusan dan urus-tadbir negara, dan pada umumnya membantu mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan pemerintah.

Tindakan saya tidak bertujuan memalukan atau menimbulkan kesulitan kepada mana-mana pihak, namun pemotongan gaji sebulan ini cuma simbolik untuk memperingatkan pemegang pejawat2 tinggi supaya jalankan tugas degan amanah dan telus.

Peringatan ini bukan dituju pada pribadi Ahli Parlimen Pekan tetapi ia disasar kepada pemegang jawatan Ketua Eksekutif Tertinggi Negara kita bahawa tindakan-laku jawatan ini sentiasa dipantau, diteliti agar tugasnya harus dijalankan dengan hemat dan berkesan secara konsisten.

Tuan Speaker yang mulia,

Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk meluahkan naruri hati rakyat marhaen yg dikatakan ‘fras’ dgn tekanan kehidupan harian.

Banyak point yang ingin saya kemukakan dlm pembahasan ini utk menjelasan kenapa usul ini harus disokong.

Memandang pada keadaan ramai MP ingin menyertai debat ini, saya hanya akan menyentul sebahagian daripada hujah-hujah utama sahaja.

Tuan Speaker,

Pembahasan ini merangkumi tiga (3) aspek pokok iaitu:

i. Ekonomi & Kegagalan dalam Urus Tadbir
ii. Kejatuhan Imej Negara
iii. Budaya Fitnah

Tuan Yang di-Pertua,

Saya syorkan bahwa hujah saya bebas dari retorik politik dan “political point scoring”. Mari kita ketepikan bahasa emosi dan persaingan kepartaian, kita rujuk kpd Indeks dan indikator yang diperolehi hasil Kajian atau siasatan badan2 berkepakaran ekonomi. Data2 ini mungkin akan memberi gambaran keseluruhan secara lebih objektif.

Yang di-Pertua,

Yang nyata, penurunan prestasi pelbagai indikator sosioekonomi muta’akhir ini menunjukkan kelembapan pentabiran Pejabat Perdana Menteri menangani isu-isu negara. Beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat hidup dalam suasana ekonomi yang cukup terdesak dan inflasi melampung tinggi, tetapi Perdana Menteri tetap tidak peka dan membenarkan ketirisan dan pemborosan berterus.

HUTANG NEGARA

Menurut Laporan Audit Negara yang diedar pada Okt 2011, hutang awam telah mencatat kadar kenaikan 12.3% iaitu kenaikan sebanyak RM44.72 billion, justru me jadikan hutang berjumlah RM407.11 billion tahun lalu.

Ini merupakan lonjatan besar jika dibanding dengan jumlah hutang sebanyak RM362.39 billion pada tahun 2009.

Ketua Audit Negara telah dedahkan bahwa hutang Kerajaan mencatat 53.1% daripada pertumbuhan GDP; dan kadar hutang kerajaan adalah 53.3% tahun lalu. Angka-angka ini sungguh membimbangkan kerana ia menunjukkan Kerajaan yang dipimpin oleh YB Pekan telah meletakkan ekonomi negara dlm keadaan risiko tinggi. Sudah dua tahun berturut-turut, kadar hutang Kerajaan melebihi separuh drpd pertumbuhan GDP.

Kerajaan langsung tidak mempedulikan kesan2 negatif akibat drpd jumlah hutang yg besar ini. PM yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan gagal meneliti bahwa nisbah hutang kerajaan sebenarnya dibatas oleh undang-undang.

Ingin saya maklum Dewan yang mulia ini, bahawa Parlimen pernah meluluskan dua akta yang bertujuan menegaskan disiplin fiskal dgn mengehadkan jumlah hutang kerajaan iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Berdasarkan kedua akta ini, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tujuan pembangunan.

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), angka hutang negara setakat suku kedua tahun ini iaitu sehingga Jun lalu, sudah melebihi 53 peratus dari KDNK.

Tuan Yang di-Pertua,

OVERSPENDING

Seterusnya perkara yang berkaitan dgn hutang adalah isu pebelanjaan yang tidak cekap. Dengan izin, budgetary discipline is missing, instead the Govt was at its liberty for over-spending.

Overspending and accountability

Walaupun Kerajaan Malaysia membelanjakan jumlah wang yang besar (RM 94juta) bagi memperoleh khidmat perunding antarabangsa yang tidak menyumbang dalam pemantapan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat. Dalam hal ini juga terdedah dengan hubungan FBC Media dengan APCO yang mempunyai hubungan kerjasama yang rapat serta mempunyai hubungan luar biasa dengan Israel. The Independent turut mendedahkan APCO membayar AS$80,000 kepada FBC pada tahun 2008 untuk meningkatkan kesedaran polisi Malaysia.

HAPUS KORUPSI

Kegagalan mendakwa tiga (3) pegawai SPRM yang bertanggungjawab dalam kes kematian Teoh Beng Hock bagi menegak keadilan bagi keluarga mendiang Teoh. Ini termasuk pihak SPRM gagal bertanggungjawab ke atas kes Ahmad Sarbani yang dijumpa mati di bangunan SPRM.

HAPUS PEMBOROSAN

Kos lawatan rasmi yang dibelanjakan oleh Perdana Menteri dan isteri semakin meningkat sejak tahun 2008 hingga kini. Dalam tahun ini, Perdana Menteri sendiri beberapa kali menggunakan wang rakyat untuk tujuan keluarga sendiri termasuk lawatan ke Kazakhstan dan Perth, Australia. Lawatan ke Negara Kazakhstan telah memperbelanjakan RM 1juta yang bertujuan berjumpa dengan besannya. Sebelum ini, Menteri Luar Negara pun gagal menjawap bilangan rombongan ke Kazakhstan dan siapakah mereka?

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 Sept merupakan lawatan peribadi tetapi menggunakan pesawat Airbus A319 yang dimiliki oleh kerajaan.

TINGKATKAN KETELUSAN

TNB mengalami kerugian besar sebanyak RM 453juta tetapi pihak TNB masih membeli pada harga mahal yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Pihak kerajaan juga gagal mendedahkan element-element kontrak IPP walaupun desakan oleh semua pihak. Pengguna akan mengalami gelombang kedua dalam kenaikan tarif elektrik pada masa kelak.

Perdana Menteri telah menganugerahkan beberapa projek strategik seperti MRT, Double-track Railway, Lapangan Terbang Sungai Besi dan lain-lain tanpa tender terbuka dan tidak memilih kontraktor mengikut prinsip yang tetapkan dalam ETP atau GTP.

IMEJ ANTARABANGSA

Walaupun PM dan Isteri kerap kunjung negara2 asing, tetapi imej Malaysia di mata dunia tetap menjunam. Sekali lagi, ia bukan berpunca drpd kurang usaha oleo pegawai diplomat profesional. Sebalik kegiatan PM sendiri menjejas usaha pertingkatkan prestasi negara di pentas antarabangsa.

Skandal FBC Media terbongkar terlibat dalam aktiviti tidak mematuhi etika professional media dan terpaksa dihentikan semua program tv oleh CNBC, CNN dan BBC. Imej negara jelas tercemar sebab FBC diupah Kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri gagal menangani isu-isu perkauman dan agama dengan membiarkan kumpulan-kumpulan pelampau menyerang dan mengancam keharmonian masyarakat. Parti pemerintah ditafsir memberi sokongan sunyi dan ini mengwujudkan kekhuathiran masyarakat anatarabangsa.

Perhimpunan aman Bersih, pentadbiran Najib telah menunjuk memperlekehkan demokrasi dengan menutup bandaraya dan bertindak ganas oleh pihak polis. Tindakan sedemikian telah mendapat kritikan oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan hak asasi manusia seluruh dunia.

Yang di-Pertua,

PENYEBARAN POLITIK FITNAH

Melancarkan konspirasi untuk menahan seorang Ahli Parlimen dan 5 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan dakwaan tidak berasas seperti cuba menghidup semula Komunis.

Politik kotor terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan kumpulan gelar diri sebagai Datuk T. Salah seorang Tan Sri Rahim Thamby Chik merupakan CEO RISDA yang dilantik Perdana Menteri dan jawatannya dikekalkan walaupun selepas Tan Sri Rahim dihukum bersalah dalam pengedaran video lucah.

Cerita rekaan terhadap Anak YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah disebar oleh ahli-ahli UMNO sendiri termasuk pemimpin-pemimpin kanan parti, tetapi tiada tindakan tegas dan tiada pemintaan maaf sungguhpun dibukti fitnah.

Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: