[VIDEO]Pekerja Swasta Harus Risau Terhadap Pindaan Akta Pekerja

Dari SelangorKini Online

2 November 2011

Pekerja Swasta Harus Risau Pindaan Akta Kerja

SHAH ALAM , 3 NOVEMBER : Rakyat asing akan membentuk tenaga kerja terbesar di negara ini sehingga pekerja tempatan disisihkan jika pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan.

Pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Pekerja, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keadaan ini bakal berlaku jika pindaan kontroversial itu diteruskan tanpa agenda perlindungan buruh tempatan yang jelas.

Abdullah Sani berkata tren semasa menunjukkan majikan mengenepikan tenaga kerja tempatan untuk pekerja asing yang sanggup bekerja dengan gaji yang murah, dan tanpa perlindungan undang-undang buruh.

Menurut Abdullah, tren ini wujud di sektor perkilangan, dan menular ke sektor perkhidmatan, perhotelan bahkan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya sedih kerana bank pun dimasuki pekerja asing. Saya terperanjat bila diberitahu NUBE bahawa ribuan akan datang. Bagaimana dengan pekerja tempatan?”

Tambahnya lagi, pindaan ini membuka lebih banyak peluang kepada majikan induk untuk melantik kontraktor mengimport pekerja asing dan pekerja kontrak.

Abdullah berkata demikian dalam satu program bual bicara, Fokus Berita terbitan TV Selangor.

Hari ini, beribu-ribu pekerja sektor swasta bakal mengadakan demonstrasi diseluruh negara bagi membantah pindaan pada akta berikut.

Kebiasannya, perkerja kontrak diambil oleh dan dibawah jagaan kontraktor buruh. Kontraktor-kontraktor ini kemudian membekalkan perkerja sebagai tenaga buruh kepada kilang-kilang, ladang-ladang, kedai-kedai dan juga hotel.

Majikan induk hanya perlu membayar komisen kepada kontraktor-kontrator ini. Mereka tidak perlu memberi faedah-faedah lain seperti gaji “overtime”, perlindungan kesihatan atau elaun seperti yang biasanya dibekalkan kepada perkerja tetap.

“Di kilang lebih dari 67 peratus adalah pekerja asing. Majikan yang menguruskan mereka bukan dari pengurusan kilang, sebaliknya dari syarikat dua ringgit yang dilantik untuk mengisi pekerja. Mereka ambil orang dan selepas tu ambil komisen pekerja-pekerja mereka. GLC juga buat begitu.”

Menurut Abdullah, statistik semasa menunjukkan hampir 42 peratus kekosongan sumber manusia diisi tenaga kerja kontrak.

Pekerja kontrak yang diambil bekerja tidak dilindungi undang-undang buruh.

“Kalau skim seperti ini dibenarkan undang-undang, ini akan menyebabkan masa depan pekerja samar. Kerja kontrak 6 tahun, tamat kontrak, renew lagi secara berterusan, dan akhirnya umur cecah 40 tahun. Selepas tu kemana pekerja tu nak pergi?”

“Syarikat Nikko lari tengah malam dan 4,000 lebih pekerjanya langsung tak dapat pampasan. Kalau yang dikawal pun tak terkawal, bagaimana keadaannya bila ruang dibuka seluas-luasnya.”

Di program yang sama, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) A Navakumundan berkata sokongan kesatuannya kepada pindaan itu adalah sokongan bersyarat.

Tegas beliau, NUPW percaya pindaan ini akan melindungi pekerja-pekerja berpendapatan rendah tempatan dan asing di sektor perladangan.

Namun Navakumundan berkata pindaan ini memerlukan kerajaan mengetatkan pemantauan keatas kontraktor melalui perlantikan kontraktor secara telus, serta pemeriksaan yang tegas dan berterusan.

“Kini kita ada pekerja asing mencecah jutaan orang. Apabila pasaran buruh semakin kompleks, ada kontraktor yang mengambil kesempatan dan menggunakan golongan ini untuk mengeksploitasikan mereka.”

NUPW dan Pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Pekerja bersetuju bahawa pindaan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya, dan kerajaan perlu memberi pengkhususan mengikut sektor.

“Okay pindaan sudah berjalan. Kita minta peraturan kepada pindaan dan kita mahu tindakan susulan. Sektor-sektor lain juga memerlukan perhatian.”

NUPW berkata kerajaan perlu bertindak bagi memastikan pengambilan kontraktor tidak menjejaskan kepentingan tenaga kerja tempatan.

“Mungkin dalam keadaan tertentu kita memerlukan kontraktor untuk mengisi keperluan sumber manusia. Jika ada keperluan mesti ada asas untuk membenarkan.”

—SelangorKini Online

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s