Pakatan Perintah, Sektor Awam Terhakis, Tidak Masuk Akal – Aziz Bari


Dari MalaysianInsider

8 November 2011

Aziz Bari: Kebimbangan sektor awam terhakis jika Pakatan perintah tak masuk akal

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Aziz (gambar) berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.

Dalam komennya semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum.

Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.

“Kalau ada mana-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menekankan tentang keperluan pelaksanaan pengurusan yang bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.

Laporan-laporan media pro-Umno mendakwa hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Ruangan Awang Selamat Mingguan Malaysia kelmarin juga mendakwa isu tersebut satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Pua dipetik sebuah akhbar Cina baru-baru ini berkata kerajaan pihaknya akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Sehubungan itu Mahfuz juga berkata, banyak yang boleh dipelajari daripada sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.

Dalam ulasanya, Aziz juga berkata, sektor awam telah melalui pelbagai perubahan sehingga aspek keberkecualian kakitangan awam telah terjejeas khususnya ketika pentadbiran Dr Mahathir.

“Ini termasuklah pengenalan akujanji ataupun amalan pelantikan (pelanjutan jawatan) yang bersifat kontrak yang telah menjejaskan moral perkhidmatan,” kata beliau sambil menambah, aspek itu telah membawa kepada elemen politiking yang menjejaskan mutu perkhidmatan.

“Di bawah Perlembagaan, perkhidmatan awam seharusnya neutral, berkhidmat dengan mana-mana kerajaan semasa. Kesetiaan dan ketaatan adalah kepada negara, yang diterajui Yang di-Pertuan Agong. Itu sebabnya bagi saya akujanji adalah tidak berperlembagaan,” katanya lagi.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: