Saham RM 1.7 juta, Mana Dapat Duit? – Ketua AMK

Dari KeadilanDaily

15 November 2011

Dari mana anak Najib peroleh RM1.7 juta beli saham? – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR 15 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang masih terlalu muda.

“Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan,” kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd.

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew,39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

“Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

“Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional,” tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

“Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit,” kata Shamsul.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Saham RM 1.7 juta, Mana Dapat Duit? – Ketua AMK”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: