PR Menang PRU 13, Tiada GST Tahun Depan!

Dari Keadlian Daily

15 November 2011

GST tidak dilaksana tahun depan jika Pakatan menang PRU

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan melaksanakan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, dasar itu jelas tidak sesuai dilaksana dalam masa terdekat dan ketika keadaan pendapatan rakyat masih rendah.

“Sebab itu juga, dalam masa terdekat kita akan mempertingkat lagi kempen anti GST di seluruh negara,” katanya selepas sidang media Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST selepas PRU13 yang akan menyaksikan rakyat perlu membayar cukai sebanyak dua kali.

Bagaimanapun pada sidang parlimen awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Awang Husin berdolak dalik ketika diajukan samada kerajaan berhasrat melaksanakan GST jika BN memenangi pilihan raya.

Sebelum ini, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU 13, bagi memastikan rakyat memahami bahawa “undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST”.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Oktober lalu berkata, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU.

GST ialah satu akta yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan akan dinaikan sekaligus kos sara hidup rakyat melonjak dan pada masa sama pendapatan rakyat kekal rendah.

Pada masa sama pentadbiran Najib enggan menetapkan akta gaji minimum berbanding pakatan yang bersedia melaksana dasar itu sebanyak RM1500 di Selangor bermula Januari depan, melalui Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “PR Menang PRU 13, Tiada GST Tahun Depan!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: