GST Zalim!

Dari KeadilanDaily

21 November 2011

GST zalimi golongan miskin

AMPANG 22 Nov: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menzalimi golongan miskin.

Itu antara kesimpulan dalam Forum GST yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, GST secara teorinya nampak baik kerana setiap peringkat perniagaan dari pengilang hingga pembeli dikenakan cukai.

Namun dari segi praktikalnya, kata beliau, ia sebenarnya zalim kepada golongan berpendapatan rendah yang terbeban sekiranya cukai itu dilaksanakan.

“Bagaimana golongan miskin hendak membayar cukai dalam keadaan pendapatan mereka rendah,” soalnya.

Selain beliau, turut hadir dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Izzah pula memberi contoh mudah pelaksanaan GST dengan membandingkan pendapatan RM1,000 bagi golongan miskin dengan gaji golongan berpendapatan tinggi.

“Apabila cukai sebanyak empat peratus dikenakan kepada dua kumpulan ini, nampak macam adil. Tetapi hakikatnya, golongan miskin secara automatik pendapatannya semakin rendah dari segi peratusan selepas GST dilaksana.

“Berbanding golongan kaya bergaji RM20,000 sebulan, mereka hanya terjejas sedikit akibat pelaksanaan GST,” katanya.

Tony pula mencadangkan agar sistem monopoli diubah kepada sistem persaingan jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

“Kerajaan (Umno BN) kata GST dilaksana kononnya untuk menambah pendapatan kerajaan bagi menangani defisit belanjawan. Tetapi mengapa wang rakyat sewenangnya dibazir dengan mengekalkan sistem monopoli dan rundingan terus,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana harga beras di negara ini mahal kerana ia dikawal Bernas, yang dulunya milik kerajaan tetapi kini dikuasai syarikat swasta yang juga kroni Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sementara itu, Dr Dzulkefly mengakui GST adalah suatu cukai yang agak kompleks kerana sehingga kini masih ada golongan profesional yang tidak memahaminya dengan betul.

“Kita sudah rangka penerangan untuk diedar sehingga ke akar umbi dengan sasaran utama memahamkan rakyat diluar bandar.

“Penerangan ini kita bentang dan jelaskan dalam bahasa yang paling mudah difahami untuk setiap peringkat masyarakat,” katanya menjawab soalan hadirin.

Bagi Zuraida pula, beliau mengingatkan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi yang hadir dalam forum itu memberi maklumat mengenai GST kepada rakyat sebelum berlangsungnya PRU-13.

“Cabang dan ranting Pakatan Rakyat di seluruh negara perlu memperkemas dan memperkukuhkan penerangan dengan memastikan risalah GST ini sampai kepada sasaran demi memastikan rakyat faham apa itu GST demi kebaikan semua,” katanya.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s