APA Zalim!!!

Dari Keadilan Daily

23 November 2011

Akta Perhimpunan Aman lebih zalim kepada rakyat – AMK

KUALA LUMPUR 23 Nov : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam lebih menekan dan zalim terhadap rakyat.

“AMK melihat RUU ini lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun,” katanya pada satu kenyataan media.

Katanya, melalui akta berkenaan, pihak polis diberi kuasa yang lebih luas dan berhak menahan mana-mana individu yang menyertai perhimpunan aman.

Menerusi Seksyen 15(2)(h), polis diberikan kuasa dalam membuat keputusan melibatkan tarikh, masa, tempoh dan lokasi perhimpunan serta kaedah berhimpun.

Lebih memburukkan lagi, katanya, individu yang melanggar mana-mana sekatan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak polis boleh didenda sehingga RM10,000.

“Justeru AMK melihat bahawa langkah terkini kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk terus menyekat dan menghalang kebebasan rakyat dari berekspresi dan menyatakan protes,” kata beliau.

Beliau turut bimbang akta ini akan disalahguna oleh kerajaan yang didukung Umno-Barisan Nasional dalam usaha mereka mengekang dan menyekat aktiviti politik parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat.

Tambahnya RUU yang lebih kejam ini jelas menunjukkan pengumuman Perdana Menteri 16 September lalu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya satu ‘reformasi kosmetik’.

“Apa yang berlaku adalah sebaliknya dan seramai 13 individu telah ditahan di Sabah,” kata Shamsul.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat mendesak semua tahanan Akta ISA dibebaskan serta merta kerana ia bersifat zalim dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk membela diri.

—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

2 thoughts on “APA Zalim!!!”

  1. Papa Pembaca,

    Bapak segala UMNO pada hari ini sokong kuat akta ini, sbb dia lah dibelakang isu ini. Pada pemerintahan Najib banyak yang bukan YB lagi berkuasa menentukan pentadbiran Negara.

    Zaman Pak Lah muka2 dia orang ne tak nampak pun di TV. TU lah nasib jika PM tidak ‘clean’ terpaksa ikut telunjuk dan jika engkar kami nyah kamu.

    Lagi sekali saya menyeru orang2 melayu bersatu dan bangun dari dibuai oleh UMNO dimana UMNO secara terangan tidak ikhlas membantu orang melayu. Susu berbakteri, Sos diperkayakan dengan logam mikro dan dihidangkan kepada orang melayu bukan percuma tetapi kena beli lagi. Di Indonesia, dimana rakyatnya purata miskin, kerajaan nya tidak pula jual barang substandard kepada mereka.

    Orang melalyu disaran lihat pada masa panjang bukan buat keputusan dengan padangan singkat dan diemosikan dengan RM100.00, kain pelekat, wang segera bagi beli undi. Berilah jaminan kepada anak, cucu dan cicit kita. BANGUN DAN SEDARLAH WAHAI ORANG2 MELAYU

  2. Para Pembaca,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s