AMK Bertemu NGO Untuk #BebasAnwar901

Dari: KeadilanDaily

21 Disember 2011

AMK bertemu NGO rancang himpunan bebas Anwar

KUALA LUMPUR 21 Dis : Angkatan Muda KEADILAN akan bertemu Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi merancang perhimpunan menuntut keadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari 2012.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mesyuarat pada malam esok dirancang diadakan bersama Pemuda Pakatan Rakyat, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Generasi 709, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan kelompok mahasiswa.

“Setelah kita bermesyuarat malam esok, hasilnya kita akan umumkan Jumaat ini dan antaranya ialah pengumuman program-program di dalam kempen bebas Anwar,” kata Shamsul.

Kempen tersebut dinamakan #BebasAnwar901, telah dimulakan secara maya di laman ‘Twitter’ bagi mengumpul solidariti terhadap Ketua Pembangkang itu yang dituduh dalam kes Fitnah II.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.

Sementara itu, koordinator Kumpulan anak muda pasca Bersih 2.0 (Generasi 709), Lee Khai Loon mengesahkan akan turut serta berhimpun secara aman bagi menunjukkan keprihatin anak muda terhadap sistem kehakiman negara.

“Tarikh 9 Januari adalah satu hari yang penting iaitu keputusan mahkamah atas kes fitnah II yang bakal memberi kesan ke atas badan kehakiman. Rakyat juga sudah muak dengan perkara ini kerana kes Fitnah tersebut jelas sudah tidak ada bukti yang kukuh tapi masih lagi diteruskan,”

“Anak muda dari pelbagai bangsa prihatin dan akan turut bangkit sebagai agen perubahan untuk negara yang lebih membangun. Kita (anak muda) mahukan negara yang demokrasi dan bebas dari cengkaman undang-undang yang menindas,” katanya kepada Keadilandaily.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: