SBPA Wujudkan Jurang Dalam Sektor Awam – Naib Presiden PKR


Kenyataan Media

Oleh: Nurul Izzah

28 Disember 2011

Kenyataan Media Nurul Izzah tentang SBPA

Peranan penjawat sektor awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara mesti bukan sahaja dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka mesti diberikan ruang dan dihormati.

Salah satu bukti sektor ini dihormati dan dihargai adalah dengan memelihara maruah para penjawat melalui pendekatan musyawarah di mana, sebagai ‘stakeholder’, pandangan dan pendapat mereka diutamakan serta diambil kira secara tulus. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara paling asas lagi penting, iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bukan sahaja dari aspek perundangan malah dari sudut Islam sebagai ‘aqad’ pekerjaan tidak boleh diperkecilkan sehingga kelihatan seperti diperlekehkan.

Penyisihan, pengkelasan dan ‘penswastaan’ peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat empat darjat.

Darjat pertama sanggup mengorbankan segala etika dan peraturan pentadbiran dengan alasan ‘saya yang menurut perintah’ untuk memenuhi kemahuan ahli politik yang lazimnya merugikan rakyat.

Darjat kedua mendapat kontrak kerja mewah untuk hanya menjadi orang tengah dan mandur melakukan kerja yang mampu dilakukan setaraf malah lebih baik oleh professional penjawat awam seperti yang disaksikan dalam Pemandu.

Darjat ketiga seperti dalam JUSA mendapat kelebihan yang melebihi penjawat awam lain.

Dan darjat keempat adalah majoriti berjiwa rakyat yang melakukan kebanyakan tugas dalam diam tetapi diurus dan dimandurkan oleh ketiga-tiga darajat atasan tadi.

Oleh itu di atas semangat solidariti dan ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’ kami dari Pakatan Rakyat menuntut hak asasi semua penjawat awam dipulangkan oleh kerajaan BN dengan:

1) Menangguhkan pelaksanaan SBPA
2) Memulakan perbincangan ikhlas dan menyeluruh untuk merangka SBPA secara adil dan saksama, tanpa campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan
3) Mereformasikan amalan mendarajatkan penjawat awam


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: