#BebasAnwar901: Sedia Kerjasama – PKR

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Dari: Malaysian Insider

5 Januari 2012

PKR sambut baik usaha KDN, IGP; sedia bincang perhimpunan 901

KUALA LUMPUR, 5 Jan — PKR hari ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman 901 berjalan dengan aman dan teratur.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya hari ini turut menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang bersetuju untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman tersebut.

“Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak ini menjelaskan, hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan dan merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik.

“Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” tambahnya.

Azmin turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi tersebut dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi (Universiti Pendidikan Sultan Idris) UPSI dan Bersih tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, PKR menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.


—Malaysian Insider

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: