Kenyataan Media #BebasAnwar901 – AMK Perak

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!
Barisan Kepimpinan AMK Perak


Kenyataan Media

Oleh: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak

3 Januari 2012

BEBAS 901

Selaras dengan pendirian pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan khususnya dari negeri Perak untuk hadir beramai-ramai secara aman ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin 9 Januari 2012, jam 8.00 pagi sebagai tanda memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya pada hari tersebut.

Kempen ‘BEBAS ANWAR 901: TOLAK FITNAH LAWAN KONSPIRASI’ yang digerakkan melalui AMK Pusat ini telah dilancarkan di peringkat negeri Perak oleh AMK Perak di Bagan Datok pada 29 Disember 2011 oleh Ketua AMK Perak, Dr Meor Ahmad. Penerangan dan maklumat tentang ‘BEBAS ANWAR 901’ ini mula disebarkan di seluruh negeri Perak melalui program-program Pakatan Rakyat di negeri Perak yang merangkumi ceramah, lawatan, gerakerja akar umbi serta sebaran melalui media eletronik khususnya facebook, blog dan email.

Bersempena dengan ini juga, AMK Perak bersama dengan Biro Penerangan PKR Perak akan menganjurkan satu Majlis Solat Hajat dan Ceramah Bertajuk: “Munajat Perdana: Menangani Fitnah” pada 6 Januari 2012 di Taman Mewah, Kamunting, Taiping. Muslimin muslimat dijemput hadir.

AMK Perak berharap agar kehadiran rakyat beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat direalisasikan.

Dalam pada itu, AMK Perak juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan kepada rakyat supaya tidak terpedaya dengan khidmat pesanan ringkas (sms) yang dikesan mula disebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang meminta rakyat berhimpun di mahkamah jalan duta ‘untuk membuat huru hara’. Sehubungan dengan itu, AMK Perak memohon jasabaik pihak berwajib untuk memastikan tiada provokasi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan hasrat murni rakyat untuk hadir secara aman.

AMK Perak juga ingin menegaskan bahawa walau apa pun keputusan mahkamah pada 9 Januari 2012 itu nanti, kempen untuk menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dijalankan sehinggalah ke PRU-13 nanti, sejajar dengan hasrat Parti Keadilan Rakyat untuk menegakkan keadilan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Sekian, terima kasih.

‘LAWAN TETAP LAWAN’


Dr.Meor Ahmad Isharra Ishak
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Negeri Perak

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: