
Kenyataan Media
Oleh: Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin
10 Januari 2012
AMK Kecam Insiden Pengeboman, desak siasatan segera
5 individu tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak disebabkan insiden tersebut, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
Adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegini.
AMK mengesyaki wujud unsur-unsur sabotaj yang mahu dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik perhimpunan aman BebasAnwar901 hari ini. Berkemungkinan besar, letupan itu dirancang kerana mereka daripada awal mengesyaki Anwar didapati bersalah, maka imej KEADILAN akan dipalitkan kononnya ada cubaan menghuru-harakan situasi dan gagal mematuhi perjanjian awal antara pihak polis dan KEADILAN.
Sayang sekali, perancangan jahat mereka terencat kerana Mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan. Lantas, letupan berskala kecil pula yang dilakukan hingga mengakibatkan berlaku kecelakaan pada beberapa individu dan harta awam.
AMK menegaskan bahawa perancangan kotor dan jijik seumpama ini adalah perancangan yang bodoh dan merendahkan kredibiliti rakyat yang matang menilai. 14 tahun cukup untuk mengajar rakyat bahawa sememangnya ada pihak yang cuba menjadi ‘api dalam sekam’, mengotorkan perjuangan murni rakyat menuntut keadilan dengan insiden-insiden yang tidak diingini.
AMK mendesak pihak polis bertindak segera menangkap mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan insiden ini. AMK percaya dengan kawalan rapi pihak polis, termasuk dengan fasiliti lengkap CCTV di sekitar kawasan berkenaan, pihak tersebut boleh diberkas segera.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia
hai.. polis mana pandai tangkap perancang BOM !!!!!!!! Polis pandai saja merancang Kes LIWAT………. Kot