Bersih: Kempen 100% Keluar Mengundi #Jom100

Dari: Malaysian Insider

17 Januari 2012

Bersih lancarkan kempen Jom 100 untuk tingkatkan jumlah keluar mengundi

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini melancarkan kempen Jom 100 bertujuan untuk mengenalpasti pengundi yang layak serta memberitahu mereka pentingnya hak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Jom 100 merupakan perkara yang perlu dilakukan. Ia bertujuan meningkatkan jumlah pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

“Kami hendak mendidik pengundi tentang hak mereka, tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan kami mahu menyampaikan betapa pentingnya untuk keluar mengundi,” kata Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Peguam terkemuka ini berkata siri jelajah akan bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina, bermula di Pantai Timur.

Beliau mengatakan bahawa lebih tiga juta pengundi yang layak belum didaftarkan dan ia tidak boleh diterima.

Bekas presiden Majlis Peguam ini menegaskan sekiranya 100 peratus pengundi keluar mengundi ia akan menguatkan sistem demokrasi.

“Setiap undi dikira. Kami fikir jumlah keluar mengundi yang besar boleh mengurangkan kesan negatif pada pilihan raya,” katanya.

Ambiga juga meminta pengundi yang berada di luar negara agar pulang ke tanah air dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Jika SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak membuat perancangan dan mereka masih tidak berbuat apa-apa untuk membenarkan pengundi luar negara mengundi, saya minta pengundi pulang ke tanah air.

“Sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan, pulang ke rumah dan mengundi; Saya percaya mereka boleh membuat perancangan dengan sistem penerbangan sedia ada,” katanya.

Aktivis hak manusia yang lantang ini juga berkata Bersih amat kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) tetapi berkata akan menunggu laporan akhir jawatankuasa itu.

“Kami mengalu-alukan dakwat kekal tetapi ini hanya satu daripada lapan tuntutan.

“Jika mereka tidak memenuhinya sebelum pilihan raya umum berikutnya, tidak dinafikan Bersih 3.0 akan menyusul jika tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi,” katanya.

Ambiga juga mengumumkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sebagai pengerusi bersama Bersih.

Pengerusi Solidariri Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abd Razak pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa pemandu.


—Malaysian Insider

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s