Kenapa Takut?

Dari: Keadilan Daily

20 Januari 2012

Isytihar Harta: Kenapa menteri perlu takut?- Shamsul

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 20 Jan : Angkatan Muda KEADILAN mempersoalkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan ‘mengundang bahaya’.

Ia berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mewajibkan ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada pihak berkuasa itu.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan Nazri itu menggambarkan ketakutan beliau dan mahu melindungi Menteri Kabinet yang menikmati kemewahan di luar kemampuan.

“Kenapa bimbang untuk isytihar harta, hanya menteri yang memiliki kekayaan luar biasa saja yang bimbang untuk mendedahkan aset mereka,”

“Ini merupakan satu helah politik kerana tak timbul isu bahaya. Polis berkemampuan untuk tangani jenayah. Kenapa beliau (Nazri) perlu takut? Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya pada keadilandaily.com.

Menurut Shamsul, kenyataan itu juga bertentangan dengan laungan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mahu mewujudkan pentadbiran yang telus.

“Ini membuktikan bahawa pimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak konsisten untuk memastikan kerajaan yang telus, mereka tidak memaparkan keberanian untuk melakukan transformasi,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, keadaan itu berbeza dengan kerajaan pakatan rakyat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli exco negeri itu mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Sementara itu, NGO Jingga 13, menyifatkan kenyataan Nazri berhubung keputusan SPRM itu sebagai kurang bijak, kerana suruhanjaya itu telah memberi jaminan bahawa maklumat pengisytiharan itu akan menjadi rekod dan simpanan mereka.

“Adakah Menteri sendiri tidak mempercayai kewibawaan SPRM atau untuk melindungi mana-mana keluarga Menteri yang sekiranya didedahkan akan membahayakan hayat politik mana-mana pihak,” ujar Setiausahanya, Saifuddin Shafi, semalam.

Menurutnya, Nazri sepatutnya mengalu-alukan tindakan telus SPRM itu agar sebarang siasatan serius boleh dijalankan bagi menangani gejala rasuah di negara ini.


— Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: