SUHAKAM: Penggantungan pelajar universiti menidakkan hak mereka

Kenyataan Media

Oleh: SUHAKAM

21 Januari 2012

SUHAKAM: Penggantungan pelajar universiti menidakkan hak mereka

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat akan keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung pelajar-pelajar yang telah menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama instituti tersebut dan mengganggu ketenteraman awam. Adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).

Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti. Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara.

Suruhanjaya mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi di dalam AUKU dan berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ianya akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan.

HAK ASASI UNTUK SEMUA

Hasmy Agam
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

1 thought on “SUHAKAM: Penggantungan pelajar universiti menidakkan hak mereka”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s