
Kenyataan Akhbar
Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim
22 Februari 2012
WUJUD PENYELEWENGAN DALAM PEMBERIAN TANAH DI KG PEREPAT
Kerajaan Negeri telah menemui jalan penyelesaian dengan menubuhkan Jawatankuasa Bebas bagi menyiasat perkara ini di mana surat akan dihantar kepada 40 pemilik lot tanah untuk sama ada meminta menyerah balik tanah mereka atau mereka ini akan terbuka kepada siasatan.
Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai moderator (pemudah cara) untuk membuat penilaian kesahihan pemilikan tanah-tanah ini. Pemilik asal/peneroka akan diutamakan dalam pemberimilikan tanah kerana didapati bahawa ramai daripada 40 pemilik lot tanah ini bukan peneroka asal.
Skim Tanah Revolusi Hijau Kampung Perepat ini adalah bukti nyata bagaimana proses pemberimilikan tanah oleh kerajaan Barisan Nasional telah disalah guna dan dipolitikkan.
Justeru, Kerajaan Negeri akan memastikan tanah-tanah ini diberikan kepada peneroka asal atau waris mereka yang berhak.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR