
Dari Harakahdaily
22 Februari 2012
Penyenaraian FGVH bahaya kepada peneroka – Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
“Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)… bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
“Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.
“Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
“Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak,” katanya yang juga presiden NGO Amanah.
—Harakahdaily
Hi Pembaca,
Saya ulangi taktik penyenaraian FGHV berbentuk politik dan lebih daripada menefaatkan yang kaya dan berkuasa, di mana wang yang akan ‘bertutur’. Ianya adalah ‘cash cow’ buat UMNO untuk mengunakannya sewenangwenganya ‘ membeli undi’ dan menabur wang terutama di Sabah dan Sarawak (dimana banyak rakyatnya masih miskin, ‘buta politik’ dan mudah dibeli). Akhirnya tanah milik orang melayu (felda) akan tergadai sepenuhnya. BERNAS sudah jadi contoh yang baik bagi kita memehami apa tujuan sebenar manusia durjana yang ada di dalam UMNO ini.
Keuntungan cepat dan wang cepat akan menjadi pendorong untuk orang-orang felda menjual hak saham mereka kepasaran terbuka (mereka tidak akan tunggu seperti kata KULI untuk harga saham naik). Mereka bukan sekulasi, mereka akan didorong oleh wang ringgit. Lihat statistik millionare Felda Gemencih? yang kebanyakannya sudah jadi papa kedana, apabila wang pampasan dibayar kepada mereka dahulu lenyap sekelip mata? Nasib yang sama akan menunggu orang melayu felda ini. Jutawan instant dan kemiskinan sepanjang hayat. Feldalah yang membantu melayu sekarang untuk mengeluarkan generasi terdidik di universiti tempatan (walaupun TDM pandang hina ijazah mereka ini – kononnya tidak layak masuk). Anak2 TDM, dengan kekayaan melimpah tidak seorang pun keluar dari Havard, Oxford, Yale, MIT? Malulah kamu TDM kerana tidak mampu menghasilkan yang terbaik dengan dana yang ada.(Nasib baik ijazah2 dari Universiti2 berkenaan tidak boleh dibeli?)- Jika anak2 orang seperti kami diberi peluang sebegini pasti menjadi. Lihat anak2 melayu di MCKK, STAR dan MARA JR. College dengan berbekalkan nasi-kawah mereka mampu ke Menara Gading Luar Negeri.
Yang kaya raya akan membeli saham ini dan menunggu untuk menjualnya apabila harga saham melabung naik. Anak TDM sendiri pun menjual kepentingan nya di dalam saham2 milikinya didalam bidang perubatan hingga jatuh kepada jutawan Singapura. Apa kita lupa?
Lisitng FGHV mesti diberhentikan walaupun dengan darah terakhir orang2 melayu kerana efeknya tanah orang melayu akan tergadai dan tanah2 ini akan dibangunkan dengan tidak ada limitasi – bukan lagi tanah rezeb orang melayu. Ini adalah malapetaka terbesar buat orang melayu dan maha tamak dan maha angkuh pemimpin2 UMNO. Parti ini harus ditumbangkan bagi menegak hak orang melayu terpelihara dan orang bukan melayu boleh hidup dengan liberti dan dihormati oleh hak asasi kemanusiaan.
Reblogged this on KUkial_Jr@com.