Dari MPP
27 Februari 2012
Nurul Izzah hampir kena tumbuk di Felda
“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.
Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.
Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.
“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di twitter jam 1 pagi ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang nanti.
Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.
Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.
macam biasa la umno bila terdesak mmg suks wat mcm tu lagi2 kalau dah rasa kubu mereka dah dapat pakatan ceroboh. umno kan DULU KINI DAN SELAMANYA JADI SAMSENG
Sejak Dr. M mulai memegang tampuk pemerintahan aku dah rasa ada sesuatu yang tak kena akan berlaku. Bermula dari situ aku keluar dari Umno. Aku sudah tidak percaya dengan Umno. Tidak percaya sungguh-sungguh. Hingga sekarang! Sesungguhnya mereka telah mengikut kaedah protokol yahudi yang 20 itu untuk memerintah. Dan aku juga tidak menyenangi PKR kerana mereka juga adalah kebanyakannya bekas-bekas ahli parti-parti lama mereka.
Betul 2 samseng umnobobok kanak2 riang yg dapat upah 50 hget tuk wat pekara 2 semua jahanam dgn umno