Pilu dan Sebak di Perbicaraan ISA


Dari Malaysiakini

29 Februari 2012

Perbicaraan ISA: Dua saksi sebak, titiskan air mata

Dua orang saksi dalam kes saman sivil terhadap kerajaan gagal mengawal emosi mereka pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa menceritakan pengalaman mereka ketika tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisAktivis reformasi, pembikin filem, dan juga kolumnis Hishamuddin Rais sebak apabila beliau menceritakan kepada mahkamah apabila beliau menerima ribuan kad dari seluruh dunia.

Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin mula menitiskan air mata seketika dan berkata beliau menerima tidak kurang 3,000 kad daripada orang ramai dari seluruh dunia. Namun beliau tidak berani membukanya tetapi hanya menyimpannya sebagai “pusakanya”.

Selain itu, cerita beliau, setiap kali apabila mendengar bunyi kunci selama enam bulan, beliau menjadi paranoid atau gementar.

Saksi kedua, pemimpin PKR Badrulamin Bahron pula menangis teresak-esak apabila beliau menceritakan keadaan sel tempat beliau ditahan.

NONEKetika dihubungi selepas perbicaraan itu, Badrulamin yang juga Pengarah Komunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor berkata beliau menitiskan air mata bukan kerana keadaan sel yang teruk.

Sebaliknya, katanya, beliau teringatkan liang lahad yang jauh lebih kecil daripada sel tempat beliau dikurung yang pasti tidak mempunyai kemudahan seperti air paip.

Kedua-dua mereka dan tiga yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.


—Malaysiakini

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: