Bagaimana Wang KWSP Milik Rakyat Diselewang kerajaan Umno BN?


Sumber: Suara Keadilan

1 Mac 2012

Pengenalan KWSP:

KWSP adalah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kemeterian Kewangan.

Ditubuh secara rasmi di bawah enakmen Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)

Berfungsi menguruskan:
i) pelan simpanan wajib
ii) pelan pesaraan untuk mereka yang bekerja di Malaysia.

Keahlian adalah wajib bagi warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang merupakan penduduk tetap.

Sehingga akhir tahun 2010, KWSP tersenarai sebagai antara 10 pengurusan dana pencen terbesar di dunia dengan aset sebanyak USD 145.57 billion

Antara penyelewengan wang KWSP oleh kerajaan Umno BN:

2012:

RM 1.5 billion wang KWSP biayai peminjam bermasalah:

-Kerajaan menggunakan RM 1.5 billion daripada dana KWSP untuk membantu peminjam bermasalah yang ingin memeiliki rumah kos rendah di WP Kuala Lumpur
-Kerajaan dilaporkan meminjam wang dari KWSP pada kadar 5.5% dan mengenakan bunga sebanyak 6.5% kepada yang ingin meminjam daripada kerajaan.
-Ia dikritik ramai pertama kerana langkah itu menambah jumlah hutang kerajaan Umno BN yang sedia ada.
-Kerajaan Umno BN juga dikritik kerana mengenakan caj sebanyak 1% kepada mereka yang meminjam
-Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah, MP Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua mencadangkan agar Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil alih tanggungjawab itu.

2011:

KWSP pemberi pinjama terbesaar kepada Kerajaan Persekutuan Umno BN:

-menurut statistik Anggaran Pembelanjaan Persekutuan 2011, KWSP adalah peminjam terbesar kepada Kerajaan Persekutuan apabila meminjamkan RM 56.59 billion kepada Kerajaan Persekutuan Umno BN dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
-Badan-badan ini pula masih lagi berhutang sebanyak RM 48.36 billion KWSP
-Pada masa sama, KWSP juga melabur RM93.11 billion keatas bon kerajaan Umno BN.
-Jumlah kedua-dua angka ini meliputi 40% dariada dana yang ada dalam KWSP
-Atau dengan bahasa mudah, KWSP menggunakan 40% WANG RAKYAT MALAYSIA untuk dipinjamkan pada kerajaan Umno BN.

2011:

RM 50 billion dipinjamkan KWSP tanpa sebaarang jaminan:

-Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan KWSP meminjamkan RM 55.1 billion kepada 13 syarikat berkatian kerajaan (GLC) dan hanya 1 daripada 13 pinjaman itu mendapat jaminan kerajaan.
-Banyak pihak berpendapat pemberian pinjaman secara tidak berhemah itu menjadi punca pencarum KWSP menerima dividen yang agak rendah saban tahun.
-Pada 2011, KWSP mengumpul dana sejumlah RM 450.26 billion namun dividen yang diterima pencarum hanyalah 5% pada 2010.
-Sepatutna pengurusan dana sebesar itu boleh memberikan dividen lebih baik sebagaimana PNB yang berjaya memberi sekitar 7-8% setahun

2010:

KWSP meminjamkan RM 3 billion kepada Felda:

-Pada tahun 2010, KWSP meminjamkan RM 3 billion kepada Felda untuk melancarkan ‘Felda Global Venture’.
Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM 4.08 billion pada tahun 2044 kepada hanya RM 1.35 billion pada tahun 2009.

2002:

Kegagalan Skim Pengeluaran Pembelian Komputer KWSP:

-Pada tahun 2002, KWSP menggantung Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) selepas ia berjalan selama lebih lima bulan.
-Ia dibuat kerana KWSP mendapati kebanyakan mereka yang mengeluarkan duit untuk membeli komputer daripada skim itu menyalahgunakan dengan tidak membeli komputer.

1996:

Pinjaman RM 500 juta kepada TimeDotCom:

-Pada tahun 1996, Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Daim Zainuddin mengaku bahawa KWSP memberikan pinjama sebanyak RM 500 juta kepada TimedotCom.
-TimedotCom adalah syarikat milik Tan Sri Halim Saad, tokoh korporat Melayu segera yang dilihat ramai sebagai rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir sewaktu pentadbirannya.


— Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Bagaimana Wang KWSP Milik Rakyat Diselewang kerajaan Umno BN?”

  1. Tuan
    GE 13 Tukar kerajaan Tuan
    Kejayaan PKR,DAP and PAS adalah party kita yang benar-benar jaya rakyat.
    Semoga BERJAYA.

    THANK YOU

  2. Slam tuan sya berharap tuan dapat mencungkil la satu penipuan kerajaan bn bg menyelamatkan industri insuran dgan mperkenalakan skim pencen maa dengan menipu rakyat kononnya bp membantu rakayat yg berkerja swasta mempunyi pencen sperti kakitangan kerajaan konon dpt pulangan yang tgi dari kwsp tpi pembohongan semata2 kerana ianya hanya bg menbantu pehak insuran maa di masa kegawatan pada tahun 1997 dan yg mana sya telah di pasaka menjual smula dgan plburan sbnyk 21k dari potongan kwsp hanya mdapat 7k stlah 12 tahun mlabur dah di potong sbnyk 2k bg urusan kemasukan smula ke ac kwsp sya dan plabur2 lain rasa tertipu dengan plburan pcen yg di war2kan oleh krajan bn yg hnya mjaga kpentingan kroni yg mengausi insuran bgitu juga dgan insuran kdraan pabila pmotangan ckukai jalan kdran sbnyk 40% tetai kenaikan insuran sbnyk 100% harap pehak amk dapat membongkar kpincangan dan penipuan kerajaan bn kepada rakyat malysia kususnya salam perjuangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: