AMK Kecam Tindakan Hentikan Biasiswa Sebab Demo


Biro Mahasiswa AMK

19 Mac 2012

Biro Mahasiswa AMK Malaysia Kecam isu hentikan pinjaman pelajar sebab demo Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Umno BN Terengganu menarik pinjaman enam mahasiswa negeri itu di Mesir kerana menyertai himpunan aman Bersih membuktikan beliau mengamalkan politik dendam dan tidak selari dengan suara anak muda.

Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Muhamad Affandi Abdul Malik (gambar) berkata, tindakan itu juga membuktikan kerajaan Umno BN tidak peka dengan suara anak muda negara ini yang mahu bebas melahirkan pendapat mereka.

“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyifatkan tindakan Menteri Besar Terengganu ini menggambarkan amalan politik balas dendam dan bertentangan dengan kehendak golongan muda di negara ini.

“Ia juga dilihat sebagai tindakan kebudak-budakan dari seorang ketua kerajaan negeri,” kata Affandi dalam kenyataan medianya.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan penarikan balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut Ahmad Said, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

Mengulas lanjut tindakan itu, Affandi menggesa mahasiswa agar bersatu membela nasib enam rakan mereka itu dan menolak kerajaan yang menindas golongan muda yang berbeza pendapat dengan mereka.

“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru mahasiswa bersama-sama bersolidariti mempertahankan hak mahasiswa mereka yang dianiya kerajaan negeri Terengganu dan bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar kerajaan yang gemar membuli rakyat terutama golongan muda di negara ini,” katanya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: