KPT: Sila Beri Kebebasan – AMK


Kenyataan Media
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

23 Mac 2012

AMK Gesa KPT Beri Universiti Kebebasan

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia memandang serius tindakan pentadbiran universiti menangguhkan Pilihan Raya Kampus yang sepatutnya diadakan seawal bulan April ini.

Tindakan menangguhkan Pilihan Raya Kampus ini dilihat sebagai tindakan terdesak pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui Kemeterian Pengajian Tinggi mengekang gelombang kebangkitan mahasiswa yang menjadi fenomena mutakahirin ini.

Biro Mahasiswa AMK juga percaya tindakan penangguhan Pilihan Raya Kampus ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang dijangka diadakan seawal Mei tahun ini dan jika Pilihan Raya Kampus diadakan sekarang dijangka hampir kesemua kebinet Majlis Pimpinan Pelajar IPTA bakal dimenangi oleh calon-calon Pro Mahasiswa yang sering dilabel sebagai Pro Pakatan Rakyat.Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat cuba mengelak gelombang kebangkitan di kampus merebak dalam PRU 13 nanti.

Biro Mahasiswa juga menggesa pihak pentadbiran Universiti tidak terikut-ikut gaya politik ‘pondan’ Perdana Menteri sebaliknya mengekalkan kredibaliti universiti sebagai pusat ilmu dengan mengamalkan pendekatan politik ‘gentelman’ dengan memberi ruang kepada mahasiswa menyuarakan hak mereka.


Muhamad Affandi Abd Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: