Platform Media Sosial Berubah, Mesej Tetap Sampai Kepada Rakyat – AMK


Dari Keadilan Daily

22 Mac 2012

FB, Twitter: Platform berubah, mesej tetap sampai kepada rakyat

KUALA LUMPUR 22 Mac: Teknologi dan pelantar media sosial akan sentiasa berubah dan berkembang namun ia tidak akan mampu mengekang pendapat dan mesej politik yang berbeza untuk sampai kepada orang ramai.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi (gambar) sewaktu mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkenaan minat rakyat Malaysia terhadap laman sosial.

Rais semalam dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia akan meninggalkan media sosial seperti Facebook dan Twitter apabila minat mereka mencapai kemuncak, seperti di Eropah.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, berkenaan pemantauan laman sosial oleh kerajaan.

“Contohnya, laman Friendster yang cukup popular dahulu tidak lagi digunakan, dan laman baru seperti Google+ semakin meluas penggunaannya sekarang.

“Jadi, maklumat dan pandangan-pandangan berbeza akan sentiasa menemui medium baru untuk sampai kepada massa,” jelas Najwan kepada KeadilanDaily.

Selain bergerak bersama AMK, Najwan juga merupakan antara intelektual muda KEADILAN yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai di laman Twitter.

Beliau mempunyai kira-kira 14,000 orang pengikut di laman twitternya.

Bercakap lanjut, Najwan yang sedikit ragu-ragu dengan kenyataan Rais berkata media sosial berperanan besar dalam lanskap politik negara ketika ini.

“Mungkin ia (kenyataan Rais) benar di negara-negara lain, tapi kita tidak dapat menafikan peranan yang dimainkan media sosial kepada perkembangan negara pada masa ini,” jelas Najwan.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s