Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia

11 April 2012

Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, “Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal” seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di ‘poket Najib’.

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa”

  1. Penafian sudah tidak penting dalam persepsi rakyat umum, ia penting hanya untuk pihak pelaku untuk tujuan menyelamatkan kerjaya politik mereka. Rakyat Malaysia begitu ghairah menanti hari demi hari sejauh mana penafian itu mampu bertahan dengan saksi utama iaitu langit dan bumi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: