Datuk Bandar jangan ‘Double Standard’

Datuk Bandar jangan ‘Double Standard’

 

   

KUALA LUMPUR, 26 April: Angkatan Muda KEADILAN hari ini meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail agar tidak bersikap ‘double standard’ dalam soal memberi kebenaran penggunaan Dataran Merdeka.

 

Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Muhammad Najmi Samsudin yang ditemui Keadilankini memberitahu, Datuk Bandar perlu bersikap profesional dalam membuat sebarang keputusan terutamanya berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

“Kita mengecam  atas sikap Ahmad Fuad yang dilihat ‘double standard’ terhadap keputusan beliau berhubung dengan himpunan Bersih 3.0.

“Beliau juga sepatutnya bersikap lebih profesional dalam membuat keputusan serta tidak terlalu mengikut telunjuk pihak tertentu,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau turut memberitahu, tindakan Datuk Bandar yang memberi amaran kepada peserta himpunan adalah merupakan satu kecaman bahawa pada hari perhimpunan tersebut pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan kekerasan.

“Kita melihat pihak polis tidak mengeluarkan apa-apa arahan terhadap perhimpunan tersebut tetapi sebaliknya berlaku kepada pihak DBKL terutamanya Datuk Bandar.

“Ancaman keras yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah DBKL akan menggunakan kekerasa kepada peserta pada hari perhimpunan tersebut walaupun Bersih 3.0 akan berhimpun secara aman,” sambungnya lagi.

Muhammad Najmi turut mempersoalkan, apakah yang dimaksudkan acara nasional sahaja yang boleh diadakan di Dataran Merdeka.

“Sebagai rakyat Malaysia saya sendiri ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh Datuk Bandar bahawa hanya acara nasional sahaja boleh diadakan di Dataran Merdeka.

“Kita melihat terlalu banyak acara politik Umno-Barisan Nasional di adakan di Dataran Merdeka dan itu jelas bukan merupaka acara nasional tetapi merupakan acara politik,” tegasnya.

Tambahnya, Ahmad Fuad perlu tenang dalam soal ini kerana kesilapan dari keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada dirinya terutama apabila rakyat sekarang sudah mengalihkan fokus terhadap kelantangan yang dikeluarkan olehnya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s