
Kenyataan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia
16 Mei 2012
AMK tekad pertahan hak golongan pendidik
Namun begitu budi dan segala tunjuk ajar para guru dan pendidik ini tidak boleh kita perlekehkan. Kita dibimbing mengenali Alif hingga Ya, A hingga Z dan dari sekecil angka 0 hingalah kiraan berjuta.
AMK melihat para guru dan pendidik ini adalah simbol keperibadian bangsa yang amat bernilai. Justeru hari ini adalah hari yang perlu kita raikan agar pengorbanan guru selama ini yang membentuk budaya dan masyarakat sosial dapat kita kongsi bersama.
Semoga guru-guru terus tabah dalam menerusi perjuangan mendidik anak bangsa seterusnya memartabatkan mutu pendidikan negara.
Dalam mendepani era kemajuan dan teknologi, AMK yakin dan percaya bahawa golongan guru-guru ini sudah bersedia mengekori perubahan dan peredaran zaman.
Selari dengan perkembangan sosial dan ekonomi. Maka adalah tidak menjadi satu permasalahan kiranya para guru ini sering melontarkan pandangan dan pendapat mereka mengenai isu-isu yang melingkari negara yang kita cintai. Kerana mereka ini insan berilmu, sudah tentulah pandangan mereka ini punyai asas dan teori yang boleh rakyat pertimbangkan dan nilai.
Oleh yang demikian, bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kami adalah pewaris muda kepimpinan negara dan kami bertekad akan pertahankan hak para guru untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa sesuai dengan keupayaan mereka mendidik anak-anak bangsa. Ayuh anak muda! Sayangilah Guru Kita.
Selamat hari guru!
Julailey Jemadi
Setiausaha
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia