PRU13: 1 Manifesto Untuk Pakatan Rakyat


Dari Malaysiakini

25 Mei 2012

Pakatan Rakyat guna satu manifesto untuk PRU13

Pakatan Rakyat akan menggunakan satu manifesto sahaja dan mengutamakan isu ekonomi dan pendidikan sebagai strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata ketiga-tiga parti terbabit telah membincangkan pembahagian kerusi di peringkat nasional dan menyelesaikan banyak pertindihan kerusi kecuali sebilangan kecil, termasuk satu di Kedah, yang dijangka selesai Jun ini.

“Majlis Presiden parti menetapkan garispanduan mengenai peruntukan kerusi dan saya yakin dengan semangat muafakat yang kuat dalam PR (Pakatan Rakyat, PRU kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PR dan Barisan Nasional,” katanya.

Kerusi yang sememangnya dimenangi parti komponen Pakatan Rakyat (pada pilihan raya lepas) tidak akan diminta untuk dirundingkan (pembahagiannya), katanya kepada pemberita selepas melancarkan SISMEP 3.0 dan penyerahan bahan-bahan kempen pilihan raya kepada semua pengarah pilihan raya PKR di Kedah dan Perlis di Alor Setar hari ini.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata sebanyak 13 juta risalah pilihan raya telah dicetak untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi tumpuan pengundi muda di seluruh negara.

Beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mempertahan Kedah kerana sokongan pengundi muda yang semakin melonjak.


— Malaysiakini

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “PRU13: 1 Manifesto Untuk Pakatan Rakyat”

  1. Jika Pakatan Rakyat sepakat menggunakan satu manifesto, mengapa tidak PR menggunakan satu lambang yang mewakili semua. Lambang ini perlu supaya dikenali oleh rakyat yang mengundi di dalam Pilihan Raya Umum kelak. Walau bagaimana mesti kerja kuat untuk ke Putrajaya. Gempur dan maju jaya berpantang undur. Perubahan menyeluruh dilakukan yang mana tidak betul. Sekarang ini banyak yang tidak betul terutama di segi pengurusan kewangan. Malaysia negara kaya yang mempunyai hasil minyak, kelapa sawit dan hasil balak dan lain-lain lagi. Kawasan tanah pun luas terutama di Sarawak dan Sabah. Jalanraya dan Lebuhraya pun tiada di Sabah dan Sarawak seperti sepatutnya ada sudah lama dah. Macam mana negeri Sabah dan Sarawak nak maju. Penduduknya nak pergi dari satu bandar terpaksa naik kapal terbang. Hasil tanah yang dibangunkan dan penduduk yang ramai sebagai tenaga kerja ada satu asset yang berharga. Sekarang ini apa ada lepasan universiti pun beribu-ribu ramainya yang menggangur. Tetapi ramai orang luar datang ke Malaysia untuk bekerja dan dapat kerja pula. Orang Malaysia tiada kerja. Harus di teliti perkara ini di mana silapnya dan diperbetulkan. Sudah 54 tahun BN memerintah dan tiada banyak perubahan berlaku selain daripada projek mega yang merugikan dan membuang duit. Malaysia patut lakukan sesuatu dan dapat berjimat cermat dan menghasilkan rizab yang banyak untuk kegunaan yang berfaedah di masa akan datang. Kerajaan ini seprti orang berniaga seprti membuka kedai. Jika tiada untung lebih baik tutup kedai dan buka kedai lain atau perniagaan lain. Selamat maju jaya. Reformasi. bukan Transformasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: