
Dari http://pasmelaka.blogspot.com/
11 Jun 2012
Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat
Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.
Kehadiran wakil pemuda pusat bagi setiap parti masing-masing membuktikan mereka bersatu untuk datang ke Melaka bagi melihat jentera Pakatan Rakyat yang paling cepat dibentuk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Berikut ialah wakil bagi ketua-ketua pemuda negeri dan pusat yang telah hadir sama dalam pelancaran jentera semalam:
Law Bing Haw – Ketua AMK Melaka
Yuhaizad Abdullah – Ketua Pemuda PAS Melaka
YB Tiey Kok Kiew – Ketua DAPSY Melaka
Shamsul Iskandar Md Akin – Ketua AMK Pusat
YB Anthony Loke – Ketua DAPSY Pusat
Ustz Nik Abduh Nik Abdul Aziz – Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Salam,
Merujuk kenyataan Anifah Aman, bahawa isu Scorpen tidak serious, isu krisis pendatang asing di Sabah, harap jentera PR dapat menjelajah keseluruh Sabah, beritahu semua orang Sabah, jangan lagi undi wakil BN, yang ternyata mengkhianati RAKYAT MALAYSIA. Dua poin penting ini dapat jadi fakta penting untuk meyakinkan pak cik makcik di kampung.