Konspirasi Fitnah III; BN Terdesak


Dari Sinar Harian Online

17 Julai 2012

Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata ‘konspirasi III’

SHAH ALAM – Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

“Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin),” kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.

“Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu,” katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.

Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.

Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.

Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai “sampah.”

“Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara),” kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.

“Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.

“Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum,” kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.


—Sinar Harian Oline

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Konspirasi Fitnah III; BN Terdesak”

  1. Kalau tidak fitnah itu bukan umno…dulu,kini,selamanya..rakyat semakin meluat dengan umno. Pengundi atas pagar semakin tahu tembelang umno…1 sapu Malaysia… Temberang,tembelang,haram jadah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: