Filem hina Nabi: AMK bersolidariti bersama Pemuda PAS

Image

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok.

Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?

Di mana Pemuda UMNO bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?

Justeru AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.

Susulan daripada perhimpunan esok, AMK akan turut melancarkan program “Cahaya Muhammad” pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.

 

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

20 September 2012

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36454

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: