SPRM dicabar dedahkan kertas siasatan kes Musa Aman !

Image

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

12 Oktober 2012

SPRM dicabar dedahkan kertas siasatan kes Musa Aman !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah Rm40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar.

Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini:

(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan juga diragui status serta sumbernya?
(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian ‘tidak selamat’ selaku status ‘fixed deposit’ Umno?

AMK turut mempersoalkan atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baharu bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya.

Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong.
 
Dengan penutupan kes ini oleh SPRM, nyata sekali ianya mencetuskan kekecewaan yang besar di sebalik omongan kosong kerajaan untuk membanteras rasuah.

Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini.

Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan dimanakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar ‘sumbangan tulus ikhlas’ buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau.

AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri.

 
 

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “SPRM dicabar dedahkan kertas siasatan kes Musa Aman !”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: