Anwar Calon Terbaik Untuk PM Jika Pakatan Menang – AMK


Dari Sinar Harian

26 November 2012

Jawatan PM: Pemuda PKR tetap anggap Anwar calon terbaik

REMBAU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih berpegang teguh dengan pendirian mereka iaitu calon terbaik untuk diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Pusat nanti ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar adalah berikutan kebimbangannya terhadap pengaruh Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, Anwar merupakan calon terbaik berdasarkan kepada dua faktor iaitu kepimpinannya diterima dalam PR sehingga diangkat menjadi Ketua Pembangkang dan kedua, pengalaman Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

“Anwar merupakan aset terbaik dalam pengurusan pentadbiran negara dan kenyataan Dr Mahathir hanyalah disebabkan beliau bimbang kerana Anwar mengetahui banyak perkara berkaitan dirinya dan keluarga.

“Malah, kita fikir Dr Mahathir lebih rela Pengerusi DAP, Karpal Singh menjadi Perdana Menteri kerana bimbang dengan kelebihan yang ada pada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Nasional di Taman Koperasi KSNS Pedas dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Shamsul berkata, berdasarkan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), sebanyak 80 peratus daripada 523 sekolah Tamil di negara ini didapati masih lagi tidak mempunyai tempat latihan dan padang bagi membantu perkembangan pendidikan mereka.

“Malah, 99 peratus sekolah Tamil tidak menawarkan perkhidmatan prasekolah sehingga menyebabkan masyarakat India khususnya yang tinggal di kawasan yang jauh terus tercicir dalam pendidikan.

“Jika PR berjaya membentuk Kerajaan Pusat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, kita bagi jaminan tidak ada diskriminasi dalam pendidikan,” katanya.


— Sinar Harian

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Anwar Calon Terbaik Untuk PM Jika Pakatan Menang – AMK”

  1. siapa pun jadi PM…nasib mahathir tetap sama kerana rakyat yg akan menghukumnya… DSAI adalah calon paling sesuai jadi PM kerana ia diterima semua samada rakan di kalangan parti maupun rakyat terbanyak… pemilihan DSAI boleh mengelakkan kekecohan di kalangan penyokong dan pemimpin PR kerana ia telah disepakati dan dipersetujui bersama sebelum ini…. Isu PM sengaja diada adakan umno kerana mereka sedar isu ini boleh pecah belahkan perikatan parti2 dalam PR… oleh itu PAS tidak perlu termakan tipudaya umno ,syaitan yang dikenali.

Tinggalkan Jawapan kepada harun Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: