Semalam 4 Disember 2012, Ceramah Merdeka Rakyat oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diganggu lagi. Kali ini selain daripada serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda UMNO.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) tegaskan bahawa ini merupakan tindakan bacul dan ala pengganas. Di dalam tweet Ketua AMK malam tadi, YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO telah didesak untuk menjelaskan insiden berdarah ini. Apakah Makmal Pemuda BN mencadangkan kegiatan keganasan dilakukan di semua ceramah yang membabitkan Pakatan Rakyat khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim ?
AMK juga difahamkan tindakan ganas semalam didalangi oleh Megat Dzulkarnain, Ketua Pemuda UMNO Gombak. Sekiranya ini benar kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk segera menahan beliau dan “pengganas-pengganas” pemuda UMNO lain yang terlibat.
Pada hemat AMK, ini memberi petunjuk jelas bahawa dakwaan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO tempohari yang kononnya negara akan huru-hara andai Pakatan Rakyat memerintah adalah benar, kerana huru-hara itu akan dilancarkan oleh UMNO akibat tidak boleh menerima keputusan rakyat.
Kepentingan negara tentunya lebih tinggi daripada kepentingan parti !
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK
Huru hara yg dibuat oleh mereka yg tidak boleh menerima kenyataan akan kekalahan..dan ini sudah dpt sy bayangkan..tak mustahil sama seperti apa yg berlaku di mesir..di ambang kekalahan pun mereka tidak mampu untuk menahan emosi..dan terjadi seperti ini..masyaallah..inilah hasil kelemahan iman mereka..sgt tidak bermoral!