ISMA Berniat Jahat – AMK

AMK: ISMA tak faham, jumud & berniat jahat

AMK menyelar kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fahaman “liberal demokratik”, yang menurut NGO itu akan membawa Malaysia ke arah negara tiada agama.

Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi berkata, kenyataan Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman (kanan) itu berniat jahat, terkepung dalam ideologi tajaan PERKASA dan sekadar mengulangi pandangan perkauman yang jumud.

Malah, menurut Najwan, ia boleh mencetuskan sentimen agama dan perpecahan kaum.

“Apa yang jelas adalah, Abdullah Zaik sendiri tidak memahami kerangka liberal dalam konteks yang menyeluruh,” kata Najwan.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan juga berhujah, kritikan Abdullah Zaik terhadap Buku Jingga dinyatakan tanpa menyebut komitmen bersama Pakatan Rakyat untuk mempertahankan perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan melindungi keistimewaan Melayu.

Berhubung dakwaan Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan pimpinan pusat PKR Khalid Jaafar, mempromosikan fahaman liberal secara terancang, Najwan menafikannya.

“IKD sebagai sebuah institusi pemikir bukan sekadar mengangkat wacana liberal sebagai tema perdebatan bahkan turut mempromosi aliran pemikiran Islam klasik dan kontemporari sejajar dengan pergulatan pelbagai isu dan krisis pemikiran, sosial dan budaya di negara ini,” katanya.

Malaysiakini

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: