Lantik Anwar bukan politik nepotisme – Ketua AMK

Lantik Anwar bukan politik nepotisme

KUALA LUMPUR – PKR hari ini menafikan parti itu mengamalkan politik nepotisme jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi presidennya pada pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, jawatan presiden itu bukan dibuat secara lantikan tetapi ia perlu melalui proses pemilihan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan parti.

“Tidak adil nyatakan dalam perlembagaan tidak boleh anak-beranak bertanding, semuanya bebas dicalonkan dan dipilih.

“Jawatan presiden itu bukan dilantik tetapi ia dipilih, itu kehendak akar umbi yang mahukan Anwar tampil sebagai tokoh pimpinan parti.

“Dari segi undang-undang, tiada halangan kepada beliau untuk bertanding jawatan presiden jika pencalonan itu diterima Anwar sendiri,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari yang mencadangkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.

“Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.

“Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti,” katanya.

— Sinar Harian Online

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: