Selamat Tahun Baru Barang Naik 2014.
1. Ada 2 hal yang saya tegaskan semasa wawancara bersama wartawan Al Jazeera. Pertama ialah penghargaan khusus kepada anak-anak muda Malaysia yang telah berjaya melakukan inisiatif Perhimpunan Aman TURUN membantah pelbagai kenaikan yang diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional secara aman.
2. Kedua ialah kematangan pasukan polis di dalam mengawal perhimpunan ini. Tentunya selepas ini Datuk Amar Singh akan terpaksa berhadapan dengan tugas yang berat untuk menjustifikasikan tuduhan beliau bahawa perhimpunan aman ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
3. Apapun saya yakin saudara Azan Safar dan pimpinan muda yang lain mempunyai hanya satu tujuan murni iaitu menzahirkan denyut nadi rakyat yang semakin terhimpit dengan beban ekonomi. Dan cara yang paling berkesan ialah dengan menunjuk rasa.
4. Ayoh kita mulakan tirai 2014 dengan menamakan PM Najib Razak sebagai Bapa Kenaikan Harga !
YB Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia
Ahli Parlimen Bukit Katil
1 Januari 2014 – Dataran Merdeka