Warkah Hari Guru

Ke hadapan para Ayahanda & Bonda Guru

Sempena sambutan hari guru ini anakanda suka untuk menyorot kembali bahawa manusia itu ditinggikan martabatnya dengan ilmu. Tinggi rendah sesuatu bangsa itu juga atas ilmu yang dikuasainya. Oleh itu tentu besar sekali jasa dan tingginya martabat Ayahanda & Bonda Guru yang membuka pintu ilmu buat jutaan murid saban tahun.

Anakanda percaya segala jerih-perih, pahit maung pengorbanan Ayahanda & Bonda Guru memikul amanah mendidik anak bangsa akan terbayar. Walaupun adakalanya anak sendiri terasa terbiar dan berjauhan dari keluarga. Hatta poket kosong dek memastikan anak-anak didik dapat datang ke sekolah.

Satu hari nanti Ayahanda & Bonda Guru akan tersenyum lebar melihat kejayaan anak-anak didik. Akan tiba saatnya anak-anak didik mengangkat obor penyuluh dan mengangkat darjat bangsa serta negara seluruhnya.

Di kesempatan Hari Guru ini anakanda memohon restu meminta halal atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Inilah bekal utama anakanda dalam perjuangan ini. Kelak di puncak perjuangan ini budaya ilmu akan kembali mekar di taman pohonan pendidik yang menaunginya.

Selamat Hari Guru

Anakanda Shamsul

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: