KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa berkait dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia harus dilakukan segera oleh kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikan.
“Saya minta Perdana Menteri ambil perhatian. Sekarang bekas PM (Najib Razak) sudah kena, yang belum kena tangkap, Jho Low.
“Dia telah khianati negara dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat. PM sudah ada jadi saya minta penegasan kerana kita tahu ketika kerajaan PH menang antara perkara pertama yang kita laksanakan adalah wujudkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019,” katanya ketika membahaskan titah Diraja, pada Rabu.
Selanjutnya baca portal Astro Awani