SHAH ALAM – Serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan saja tidak berasas, malah disifatkan sebagai cubaan untuk menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) mendapatkan semula kerajaan.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan Dr Mahathir jelas menggambarkan bahawa beliau terdesak untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana.
Menurutnya, Dr Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa punca segala ketidakstabilan politik di negara ini sejak akhir-akhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri. (Sinar Harian Online)
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110142/BERITA/Nasional/Tun-M-patut-berhenti-gagalkan-usaha-PH-kembalikan-mandat-rakyat