‘Ada pertambahan sokongan kepada Anwar’ – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR: Sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri didakwa bertambah berbanding 105 ahli Parlimen sebelum ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika memaklumkan perkembangan itu, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pertambahan dan ahli Parlimen mana yang memberikan sokongan berkenaan.

“Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada pertambahan (sokongan). Kita tak dapat dapat dedah kerana arahan Istana Negara ialah menjaga kerahsiaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Malam tadi, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau dan Anwar dinamakan oleh PH Plus sebagai calon Perdana Menteri.

Kata Mohd Shafie, ia berasaskan 105 sokongan yang diterima masing-masing, tetapi siapa di antara mereka berdua yang dapat meraih undi bagi menambah kekuatan itu akan menjadi calon pilihan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/852718/ada-pertambahan-sokongan-kepada-anwar-shamsul-iskandar

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: