Anwar masih berpeluang jadi Perdana Menteri: Shamsul Iskandar

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan, dari segi jumlah sokongan yang diterima oleh ahli Parlimen Port Dickson itu adalah munasabah.

“Semalam, kita semua sudah hantar surat akuan bersumpah (SD), proses itu diteruskan dan saya rasa kita tunggu apa pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dari segi sokongan itu, saya fikir munasabah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah Anwar masih berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Seramai 114 ahli Parlimen dilaporkan akan dipanggil ke Istana Negara dikatakan mempunyai kaitan dengan majoriti yang telah memihak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana

Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen terlibat adalah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, Pas dan beberapa parti lain serta ahli Parlimen Bebas.

Shamsul Iskandar yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menambah, ahli Parlimen pembangkang masih belum menerima apa-apa jemputan daripada Istana Negara.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/156419/BERITA/Politik/Anwar-masih-berpeluang-jadi-Perdana-Menteri-Shamsul-Iskandar

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: