KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini berkata bahawa Kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kerajaan yang stabil sekiranya diberi peluang, ia disebabkan oleh penguasaan majoriti yang besar dari blok PH jika dibanding dengan blok PN yang kelihatan berpecah kepada beberapa kelompok parti.
Walaupun Naib Presiden UMNO, Datuk Sri Ismail Sabri di beritakan menjadi pilihan utama untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul berpendapat ia belum diputuskan lagi kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum mengumumkan pendirian mereka secara rasmi kepada mana-mana pihak yang menawarkan diri sebagai Perdana Menteri.
Dalam rancangan televisyen yang disiarkan oleh Bernama malam tadi, Datuk Seri Shamsul berkata, kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar akan mempunyai lebih dari 120 ahli parlimen di pihaknya jika GPS menyokong calon PH.
Beliau berkata ini bertepatan dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerajaan yang stabil untuk membantu proses menangani pandemik Covid-19 dan juga krisis ekonomi, tambah Datuk Seri Shamsul lagi, pemilihan Perdana Menteri perlu melalui proses undi percaya di Parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong mengumumkan pilihan Baginda.
Pihak Perikatan Nasional (PN) mempunyai 96 kerusi secara total, manakala kerjasama bersama pihak GPS akan menambah 18 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi di pihak PN sebanyak 114. Di pihak Pakatan Harapan (PH) pula, sokongan kepada PH dan Anwar memperolehi 105 kerusi, dan sekiranya GPS memihak kepada pihak pembangkang, mereka akan memperolehi 123 kerusi yang akan membentuk blok yang kukuh di Dewan Rakyat. Dengan kebanyakan parti politik sudah menyatakan pendirian mereka samada kepada Ismail Sabri ataupun Anwar, GPS dilihat sebagai “Kingmaker” di dalam perlumbaan ke Putrajaya.
Datuk Seri Shamsul berkata “Sekiranya PH bergabung dengan GPS, yang belum mengumumkan nama untuk jawatan Perdana Menteri dari pihak mereka, dengan 18 kerusi kita akan mempunyai 123 ahli parlimen akan menjadikan kerajaan yang stabil, malah sekiranya di uji di Parlimen, Ia akan menjadi bukti yang sahih”
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata semasa program Ruang Bicara bertajuk Mencari Malaysia Yang Lebih Baik (Finding Better Malaysia) yang disiarkan oleh BERNAMA dan dihoskan oleh wartawan veteran Sherkawi Jirim. Program tersebut turut menampilkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
Awal hari ini, GPS mengumumkan 18 ahli parlimen mereka menyokong hanya seorang calon untuk jawatan Perdana Menteri. Ketua whip kepada GPS yang juga Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputra, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hari ini yang hanya seorang calon yang dipertimbangkan oleh GPS. Walaubagaimanapun, Fadillah tidak menamakan calon pilihan mereka.
Datuk Seri Shamsul menyatakan bahawa kenyataan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing yang sekarang merupakan masa yang tepat untuk Timbalan Perdana Menteri dilantik dari negeri Sarawak. “ Ini akan menyakinkan rakyat bahawa kerajaan adalah stabil dan ini akan membantu Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang tepat berkaitan dengan siapa yang patut mengetuai kerajaan”. Datuk Seri Shamsul juga berpendapat bahawa sekiranya kerajaan diketuai oleh Ismail Sabri ia bukanlah kerajaan dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya 14 yang lepas. “ Di dalam pilihanraya yang lepas, rakyat memilih kerajaan yang baru, tetapi disebabkan oleh pengkhianatan oleh sebilangan ahli parlimen, kerajaan tersebut tidak dapat meneruskan mandat yang diberikan, Anwar adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan dijanjikan untuk menjadi Perdana Menteri berdasarkan perancangan yang di buat oleh PH selepas Tun Mahathir”. “ Ini adalah kerana rakyat memberikan keyakinan mereka kepada PH kerana mereka mahukan Anwar sebagai pemimpin tertinggi negara.
– The Vibes, 19 Ogos 2021.