Ismail Sabri mula tinjau sokongan pembangkang perkuat strategi tangani pandemik, ekonomi – Shamsul Iskandar

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat antara panggilan telefon terawal beliau selepas diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9 kepada beberapa pemimpin pembangkang, malam tadi.

Langkah tersebut diambil mungkin kerana memenuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan berkerjasama menangani Covid 19 bersama pembangkang.

Atau mungkin juga untuk menguatkan sokongan kepada kedudukannya memandangkan Perikatan Nasional sebelum ini menjanjikan sokongan bersyarat kepada pentadbiran beliau

Setakat ini, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengesahkan dalam ciapan beliau di Twitter telah menerima panggilan dari Ismail.

“Saya baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB DS @IsmailSabri60. Saya ambil kesempatan ucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai PM ke 9 dan selamat memikul amanah yang besar ini,” ciapnya.

Memetik sumber, sebagaimana dilaporkan The Vibes, Ismail cuba untuk mendapatkan kerjasama daripada pembangkang bagi melancarkan pelaksanaan strategi melawan Covid 19 yang tidak menjadi ketika pentadbiran Mahiaddin Yassin.

“Dia tahu betapa pentingnya kedua-dua pihak perlu bekerjasama, terutama pada masa krisis seperti hari ini.

“Dia ingin merapatkan jurang pada saat ini ada di antara kedua belah pihak, dengan harapan mereka dapat bekerjasama dalam menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi,” lapor The Vibes.

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menjangkakan langkah Ismail seterusnya, sama ada membentuk jawatankuasa khas bersama pembangkang atau meningkatkan peruntukan kepada lawan politik beliau demi kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang tidak berpuas hati apabila pentadbiran Mahiaddin mengecilkan peruntukan setiap Ahli Parlimen pembangkang kepada RM100,000 setahun, sedangkan peruntukan untuk Ahli Parlimen kerajaan dilaporkan melebihi RM1 juta.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/ismail-sabri-mula-tinjau-sokongan-pembangkang-perkuat-strategi-tangani-covid-19

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s