23 tahun Reformasi: Henti jadi penonton, gembeleng tenaga ubah nasib negara

Nasib negara tidak akan berubah ke arah lebih baik sekiranya generasi muda hari ini berdiam diri dan menjadi penonton kepada arus pergolakan politik semasa.

Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, generasi muda pada dua dekad lalu telah berkorban turun ke jalan raya apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dizalimi dan diaibkan.

Hal sedemikian juga disampaikan Shamsul kepada rakan-rakan yang telah ‘letih’ berjuang selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan dan kini kembali sebagai pembangkang.

“Saya ingatkan rakan-rakan, setelah kita turun ke jalan raya dan menulis sejarah, adakah kita kembali untuk menjadi penonton? Sedangkan kita pernah ungkap bahawa kita merupakan agen perubahan. Kalau itu kita pasakkan dalam KEADILAN, dan dalam NGO (pro PH) maka kita perlu katakan ini, ‘masanya tiba untuk kita mengambil pendirian tegas’, untuk memulihkan Malaysia

“Sekarang kita menjadi pembangkang sekali lagi, maka cukupkah kita menjadi orang di luar padang? Kita perlu gerakkan semua potensi yang ada (menyertai perjuangan),” katanya dalam forum maya “Dua Dekad Bersama, Obor Reformasi Terus Menyala”, anjuran Studio Dahsyat, malam tadi.

Sebelum itu, Shamsul mengimbau kembali perjuangannya 23 tahun lalu ketika beliau masih presiden mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendukung penuh perjuangan Reformasi.

Biar pun ketika itu beliau tidak mempunyai peranan besar dalam demonstrasi bersejarah di Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 20 September 1998, namun bangga mempunyai peranan sebagai salah seorang penggerak mahasiswa.

“Waktu 20 September saya bawa banner depan sekali dan kita berhimpun waktu itu di Masjid Negara. Kita tumpu ucapan Datuk Seri Anwar. Ucapan dia berbunyi begini, ‘kalau saya minta saudara semua pergi ke Dataran Merdeka, adakah saudara akan ikut?’ Maka saya bersama rakan-rakan bawa banner menggerakkan yang lain-lain ke Dataran Merdeka.

“Memang ketika itu apa yang ditunjukkan Anwar kepada mahasiswa ialah sifat kepimpinan dan mengambil pendirian melawan kezaliman. Saya ingat slogan Reformasi waktu itu adalah satu slogan yang cukup memikat dan menangkap imaginasi anak-anak muda

“Saya kira mood ketika itu ialah mereka mahukan selepas Dr Mahathir ialah pimpinan muda. Sewaktu Anwar menjadi TPM saya percaya beliau telah melakukan ratusan program dengan mahasiswa, dalam konteks mengembangkan idea masa hadapan negara ini,” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mahu generasi muda menghayati perjuangan Reformasi yang menjadi antara sejarah terpenting negara moden Malaysia.

Tambahnya, mahasiswa atau anak muda perlu melawan korupsi, kronisme dan nepotisme sebagaimana dua dekad lalu.

“Mereka waktu itu mahukan Malaysia yang bersih, tatakelola baik dan saya percaya anak muda melihat perlawanan sesuatu yang seksi. Tak melawan maka tak best.

“Bila ada pemimin yang kita letak sepenuh harapan untuk memimpin Malaysia dengan watak dan wibawa beliau, maka di situ terdapat perasaan mengikat antara rakan-rakan saya di kampus (dengan Anwar)

“Apabila beliau dipecat oleh Dr Mahathir maka timbul semangat untuk fokus apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar yang dizalimi di hadapan mata. Orang yang mahu membawa kita jauh ke hadapan telah dizalimi,” katanya lagi.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: