ADUN hilang percaya kepada KM, Yang Dipertua Negeri mesti selesaikan kemelut – Shamsul 

Kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka yang bertahan selama 19 bulan berpunca daripada rasa tidak yakin beberapa ADUN di dalam parti memerintah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, bagaimanapun kemelut politik Melaka perlu diselesaikan secepat mungkin dengan Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Ali Rustam harus mempertimbangkan supaya kerajaan yang baharu dilantik segera.

“Perkembangan politik Melaka memeranjatkan, 4 ADUN menarik sokongan dari Ketua Menteri Sulaiaman Md Ali.

“Hal ini berlaku kerana hilangnya kepercayaan kepada Sulaiman.

“Bagi kita dalam PH, kita masuk (bersama 4 ADUN) berjiwa besar untuk menguruskan negeri ini. Menjadi harapan kita agar TYT mesti segera untuk bertindak berdasarkan Perlembagan Negeri Melaka (setelah Ketua Menteri hilang majoriti),” katanya dalam respons segera kepada Suara Keadilan.

Sementara itu, tengah hari tadi, sejurus pengumuman Datuk Seri Idris Harun dan rakan-rakan menarik sokongan terhadap PN, mantan Ketua Menteri era Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari mengadakan sidang media membariskan 11 ADUN PH bersama 4 ADUN yang meninggalkan PN.

Dalam sidang media itu, Adly yang juga Pengerusi PH Negeri Melaka, meminta Ketua Menteri meletak jawatan kerana telah hilang majoriti.

“Kestabilan politik merupakan perkara penting ketika kita berhadapan pandemik Covid 19 dan usaha ke arah pemulihan ekonomi negara.

“Tanpa kestabilan politik sukar melakukan usaha pemulihan ekonomi dengan baik dan berkesan, khususnya ke arah era endemik Covid.

“Saya merujuk sidang media Datuk Seri Idris Harun ADUN Sungai Udang bersama 3 lagi ADUN yang menyatakan mereka tidak lagi bersama Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, maka kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman dengan ini tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan untuk terus mentadbir Kerajaan Negeri

“Selaras dengan peruntukan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi, “jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat melainkan ada permintaan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN,” katanya.

Adly juga berharap satu pertemuan dapat diadakan dengan Yang Dipertua Negeri bagi melancarkan pentadbiran Melaka berikutan kejatuhan kerajaan PN.

“Memandangkan kita masih berhadapan pandemik Covid yang menjejaskan kesihatan rakyat, keutamaan PH Melaka pada masa ini adalah memastikan kestabilan politik negeri bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan telus demi kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, saya mewakili 11 ADUN PH dan Idris yang mewakili 4 ADUN berhasrat mengadakan pertemuan dengan TYT bagi membincangankan usaha untuk diambil bagi memastikan kesinabungan pentadbiran negeri,” katanya.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/adun-hilang-percaya-kepada-km-yang-dipertua-negeri-mesti-selesaikan-kemelut-shamsul

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s