Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat – Shamsul 

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) wajar mendapat semula pentadbiran negeri Melaka melalui apa cara sekali pun seiring mandat diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat, ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang.

“Apabila mereka (empat ADUN) menarik diri daripada menyokong kerajaan, tentunya ia memberi cerminan kepada dasar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.”Saya mahu tegaskan bahawa selepas PRU lalu, yang mendapat mandat rakyat itu adalah PH Melaka.

“Oleh sebab itu kita mesti, dengan apa cara sekali pun kembalikan semula mandat rakyat tersebut,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan empat ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Keempat-empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Ditanya berkenaan fungsi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan PH yang bertujuan menstabilkan situasi politik negara, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, MoU tersebut tidak terpakai di peringkat negeri.

“Saya percaya, adalah tidak wajar dan tidak sesuai untuk kita katakan bahawa apabila kita mewujudkan MoU di peringkat Persekutuan, maka ia terpakai di seluruh negeri.

“Saya percaya, ia tidak digunakan di negeri-negeri lain kerana ia bertujuan untuk meredakan apa yang dipanggil sebagai ketegangan politik di peringkat persekutuan,” katanya.

Jelasnya, dalam situasi ketika ini, PH dilihat mengambil langkah proaktif mengemukakan penyelesaian kemelut tersebut dengan membentuk kerajaan negeri baharu di Melaka.

“Apa pilihan yang kita ada? Pilihan yang kita ada adalah untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan.

“Apa manfaatnya? Tentunya dengan penubuhan kerajaan ini, secara jelas kita berjaya mengembalikan semula mandat yang diberikan rakyat dalam PRU lepas.

“Apakah ada perkara-perkara atau tindakan yang masih tertangguh dan belum sempat kita laksanakan? Sudah pasti ada, kerana kita hanya jadi kerajaan kurang lebih 22 bulan,” ujarnya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-melaka-tumbang-kembalikan-kepada-pakatan-harapan-realisasi-mandat-rakyat-shamsul-323526

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s