KEADILAN tolak Pilihan Raya Negeri Melaka, Darurat 

Krisis politik negeri Melaka yang berpunca daripada penarikan diri 4 ADUN kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya berakhir dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli politik Kerajaan Negeri itu.

Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menegaskan KEADILAN menolak keputusan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr Ali Rustam sebelum ini yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadakan PRN.

Menurut Shamsul, KEADILAN turut menolak cadangan pemimpin utama Umno yang mahu Darurat dilaksanakan di negeri itu bagi menghalang PRN dan mengekalkan kerajaan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Dalam keadaan ini kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah berlaku di Melaka.

“Kita tidak mahu diadakan PRN dan kita juga tidak mahu darurat. Ia mesti ada solusi. Tentulah itu tidak menghalang kita memfailkan semakan atau pun menggunakan mahkamah untuk menilai keputusan yang tergesa-gesa.

“Perkara ini kita lihat ada rush. Kita menafikan cakap-cakap yang mengatakan kononnya ada surat yang dihantar lebih awal (kepada TYT) sebelum daripada empat wakil rakyat yang menarik sokongan ini,” katanya dalam sidang media di pejabat Presiden KEADILAN di Bukit Gasing, malam tadi.

Selain itu, Shamsul juga berkata alasan kononnya TYT bertindak betul dalam hal membubarkan DUN kerana KM Sulaiman telah menghantar surat terlebih dahulu memaklumkan keadaan kerajaan beliau, tidak berlaku sedemikian.

Tegas Shamsul, tidak mungkin ada sesiapa yang boleh menemui TYT yang sedang menjalani kuarantin rumah mulai 30 September. Oleh kerana itu, nasihat yang diberikan KM Sulaiman untuk membubarkan DUN adalah selepas beliau sendiri tumbang dan sewajarnya tidak terpakai.

“Saya juga ada dengar beberapa pandangan yang menyatakan YAB Ketua Menteri mengutus surat lebih awal kepada Tuan Yang Terutama Tun dan kita tahu, dan jadi pengetahuan umum bahawa TYT dalam kuarantin rumah daripada 30 September sampai 7 Oktober.

“Jadi tak mungkin dalam keadaan kuarantin rumah beliau boleh berjumpa dengan sesiapa. Jadi proses ini kita lihat amat tidak diikuti dengan cermat dan KEADILAN bimbang institusi TYT itu akan tercemar dengan mereka yang cuba menangguk di air keruh,” katanya.

Dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga menimbulkan isu dua bekas ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dilayan seperti ‘musuh negeri’.

“Kita dapat laporan daripada kedua-dua mantan wakil rakyat, (Norhizam dan Effandi) bagaimana mereka diperlakukan di negeri Melaka. Ibarat enemy of the state.

“Kalau pembubaran (DUN) itu berlaku, sewajarnya tak ada lagi mana mana wakil rakyat, exco yang terus guna fasiliti kerajaan, janganlah layan mantan ini sebagai enemy of the state.

“Kita tahu ini prinsip manusiawi, harus ikut dan hormat, dan jangan anggap mereka tak ada langsung jasa kepada kerajaan Melaka,” katanya.

Shamsul juga menjelaskan dua bekas ADUN Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad telah menghantar surat ke Istana Negara bagi memohon supaya menarik balik pembubaran DUN yang membuka laluan kepada pilihan raya di negeri itu.

Sidang media tersebut diadakan selepas sejumlah ADUN yang menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Melaka bertemu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/keadilan-tolak-pilihan-raya-negeri-melaka-darurat

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s